Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Perbadanan
Pepustakaan Awam Selangor yang telah memberi peluang untuk saya menjalani Latihan
Industri di Syarikatnya. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Syarikat
tersebut banyak maklumat dan pengetahuan yang saya dapat.
Walaupun begitu, masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki
agar program ini lebih berkesan. Setelah menjalani program Latihan Industri ini
ingin saya mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan bagi kebaikan bersama,
sekiranya cadangan dan saranan yang saya kemukakan ini bercanggah dengan pendapat
syarikat, saya ingin meminta maaf.
Antara
cadangan dan saranan ini adalah:-
- Sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan para pelajar yang sedang menjalani program Latihan Industri.
- Lebih mendedahkan pelajar dengan pelbagai kerja agar pelajar dapat mempraktikan segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang sedia ada.