Latihan industri merupakan satu
komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar
disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan
Sijil atau Diploma Politeknik KPTM.
Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester (20
minggu). Tujuan latihan industri ini
disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan
menempuhi alam pekerjaan sebenar. Diharapkan dengan adanya latihan industri seperti ini, setiap pelajar
dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat
perkejaan kelak.
Saya, Nor Amira Binti Mahat, pelajar dari Diploma Teknologi
Maklumat Rangkaian di Politeknik Mersing Johor sebagai pelajar Politeknik mesti
lulus dalam peperiksaan akhir semester tiga iaitu Latihan Industri, para
pelajar akan dihantar ke pelbagai organisasi kerajaan atau swasta. Walaubagaimanapun, tempat latihan
yang sesuai atau yang diigini oleh pelajar adalah bergantung kepada faktor-faktor
berikut:-
- Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar .
- Kekosongan tempat latihan yang dipohon.
- Permintaan dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar di institusi pengajian.
Tujuan utama buku panduan Latihan
Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan
menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam
pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku
panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul
dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan berjaya.
Objektif Latihan Industri
Antara objektif Latihan Industri dijalankan ialah:-
Antara objektif Latihan Industri dijalankan ialah:-
1)
Memberi
pendedahan alam pekerjaan kepada pelajar.
2)
Meluaskan
lagi pengetahuan teknikal pelajar dalam kos yang diambil.
3)
Dapat
memberikan pengalaman yang bernilai dan berharga.
4)
Melatih
pelajar menangani masalah atau konflik ketika melalukan apa-apa pekerjaan untuk
mereka bakal hadapinya pada masa depan di alam pekerjaan.
5)
Membolehkan
pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari ketika dalam kuliah dengan
praktikal yang dilakukan.
6)
Memberikan
pelajar lebih minat dalam bidang yang diceburi diinstitusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) melalui pendedahan praktikal mereka.
7)
Dapat
membekalkan pelajar dengan pengetahuan yang diperolehi ketika praktikal dan
dapat memberikan manfaat kepada mereka ketika mereka memulakan alam pekerjaan.
8)
Menambahkan
keyakinan diri.
9)
Menanamkan
sifat amanah dan tanggungjawab.
10)
Memberikan
keberanian ketika menghadapi apa-apa konflik yang dihadapi.
11)
Menyuntik
semangat pelajar untuk lebih minat menceburi bidang yang diceburi.
12)
Dapat
menerbitkan keyakinan diri dari masa ke semasa .
Latihan industri ini
berkait rapat dengan melatih diri untuk bergaul secara koprat atau tidak.
Selain itu, menanam semangat untuk kerja berpasukan di bawah 1 bumbung.
Objektif Laporan
Latihan industri adalah wajib bagi
semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah
pelajar diploma semester 4 dan bagi pelajar sijil semester 3. Disamping itu,
pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai
latihan industri yang dijalankan sepanjang semester itu . laporan ini mengenai
catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat,
kepentingan latihan industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan
beberapa objektif laporan latihan industri:-
1)
Dapat
merekod atau catat apa yang dilakukan ketika latihan teknikal dilakukan.
2) Menerangkan
secara terperinci setiap langkah yang dilakukan ketika teknikal.
3) Selain
itu, objektif Buku laporan harian latihan industri ini juga untuk membantu
pegawai organisasi menilai setiap latihan pelajar yang menjalani latihan
industri ditempat mereka. Buku laporan tersebut perlu dihantar kepada pegawai
berkenaan pada setiap dua minggu sekali untuk disemak dan di tandatangan serta
cop.
4) Laporan
latihan industri ini juga dapat memudahkan pensyarah kerja atau aktiviti
pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.
5) Dapat
dijadikan bahan rujukan selepas sahaja tamat latihan industri. Supaya ilmu yang
diperlajari tidak di sia-sia begitu sahaja.
6)
Dapat
mempraktikan apa yang dipelajari dari semester 1 hingga 3.
Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Menjalani latihan industri merupakan
syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh
pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus DiplomaTeknologi Maklumat,
ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester ke 4.
Ketika menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, pelajar
bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan
segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik,
pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri
ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan
yang sebenar.
Latihan industri ini juga penting agar pelajar tidak
takut untuk menghadapi apa-apa kesilapan ketika melakukan kerja. Ini kerana
sekiranya pelajar berkenaan telah melakukan kesilapan, ia akan belajar daripada
kesilapan tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
Latihan industri juga mendewasakan para pelajar yang
bakal bergelar sebagai pekerja. Latihan industri sebagai pendedahan awal kepada
para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam
memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal
menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama
pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.