PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Nor
Amira Binti Mahat (25BNS12F2020) siswi Politeknik Mersing Johor yang mengikuti
kursus Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian (DNS) telah berjaya menamatkan sesi
Latihan Industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor selama satu semester.
Di kesempatan
ini, pelatih ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan
kepada seluruh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) terutamanya kepada En Zainuddin B. Tasiman selaku penyelaras
pelajar praktikal kerana sudi menerima pelatih untuk menjalani latihan industri
di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Ucapan
penghargaan ini juga ditujukan kepada Pn Haiziah Binti Abu selaku ketua
bahagian pelatih ketika menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan
Awam Selangor (PPAS). Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan
berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus pelatih lakukan
sepanjang pelatih menjalani latihan industri di Syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti pelatih
tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini. Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada
kesemua kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Tanpa kalian sudah
tentu pelatih tidak dapat menyediakan laporan bertaip latihan industri
ini.
Selain itu,
pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik
terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri
kerana telah memberi kelonggaran kepada pelatih untuk mencari sendiri tempat
untuk melakukan latihan industri. Begitu
juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani
Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku laporan
Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan
Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Mersing Johor khususnya kepada
pensyarah yang mengajar modul softskills latihan industri saya iaitu Pn Baizura kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan
nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan
industri. Tidak lupa juga kepada semua
pegawai latihan industri kerana telah menguruskan tempat latihan kami. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya buku laporan
ini. Semoga Allah sahaja yang dapat
membalasnya.
DEDIKASI
“Untuk ayah, bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta semua , rakan-rakan seperjuangan di Politeknik
Sultan Mersing Johor, serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan sepenuhnya.”
Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah
program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) yang telah membantu dalam
penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.
“JASAMU DIKENANG”