Kesimpulan

 Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.  Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari.  Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.  Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.

Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja.  Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri.

Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa hadapan.  Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program latihan industri banyak memberi manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan.


Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran ini.  Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik Mersing Johor yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.