Minggu 4 : Perkhidmatan Multimedia


SHELVING
  • Shelving merupakan suatu aktiviti menyusun buku di rak mengikut kategori dan nombor siri.
  • Shelving adalah aktiviti yang saya lakukan selama 1jam pada setiap hari sebelum memulakan kerja di bahagian teknologi maklumat.
  • Aktiviti Shelving ini dilakukan pada setiap hari oleh semua staff di setiap bahagian. 


Menjaga perkhidmatan Multimedia





Saya telah ditugaskan untuk menjaga kaunter multimedia. Secara rawaknya saya ditempatkan secara ditingkat yang berlainan pada waktu diperlukan.

Perkhidmatan Multimedia telah dimulakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada tahun 1999 atas inisiatif bahagian Komputer/ Multimedia (kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat). Ia bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat negeri Selangor. Perkhidmatan yang disediakan ialah mengakses internet, penggunaan CD-ROM, mengimbas dan mencetak dokumen. Perkhidmatan ini juga telah diperluas ke perpustakaan-perpustakaan cawangan dan pekan.

Disetiap ruangan multimedia PPAS, terdapat 9buah PC HP, dan 5 buah iMac. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan antara dua dengan kadar bayaran yang sama

PROSES MEMBUAT e-BOOK DARI DOKUMEN/BUKU/ARTIKEL


1- PEMILIHAN DOKUMEN
· Buku, gambar, jurnal, keratan akhbar, bahan nadir, majalah dan lain-lain yg dirasakan perlu.




2-MENGIMBAS BAHAN
· Menggunakan mesin copibook untuk menukarkan bahan kepada data.



3-PENYEDIAAN DATA MENTAH
· Pembersihan dan penyusunan semula data menggunakan perisian Book Restorer.



4-PENGUBAHSUAIAN DATA
· Optical Character Recognition (OCR) dengan aplikasi Abbyy Finereader 10 Corporate Edition.


5-Selepas proses OCR dijalankan, dokumen tersebut perlu dimuatnaik ke portal. Secara tidak langsung, I-Win portal telah menjadi satu platform yang menyediakan satu ruang akses kepada pengguna yang berdaftar untuk akses E-Book.


*Klik disini untuk