PROSES MEMBUAT e-BOOK DARI DOKUMEN/BUKU/ARTIKEL II


Sepanjang saya menjalani latihan industri di PPAS, saya telah ditempatkan di Jabatan Teknologi Maklumat dibawah Unit Pengurusan Ilmu (UPI). Unit ini ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pendigitan dan turut menguruskan portal yang berkaitan dengan U-Pustaka. Tetapi pendigitan adalah bidang kerja utama didalam UPI ini.

Skop Kerja Unit Pengurusan ilmu (4P):-
  1. Pengesanan / pendigitalan.
  2. Pengurusan Portal
  3. Perkhidmatan Digital
  4. Pengurusan Ilmu.
Pendigitan bahan perlu dijalankan di atas sebab-sebab berikut:-
  • Menyediakan akses (meningkatkan akses) sebagai mengatasi kesukaran mengakses koleksi asal.
  • Menyediakan pengaksesan secara atas talian dengan kemudahan pencarian maklumat melalui set metadata atau indeks yang dipilih.
  • Membangunkan koleksi perpustakaan dengan mewujudkan koleksi digitan.
  • Memelihara koleksi asal daripada penggunaan yang kritikal.
  • Memudahkan pelanggan merujuk bahan secara atas talian .
  • Menyediakan perkongsian pintar kepada penyelidik dari luar.
  • Memastikan koleksi asal berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Berikut adalah langkah-langkah pendigitan bahan bagi tugasan terpilih saya;

Sebelum memulakan tugas, saya dikehendaki mengikuti langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan kuman pada tangan kerana terdapat sesetengah buku yang telah menjangkau usia ratusan tahun dan mungkin akan memberi kesan kepada kulit jika memegangnya tanpa sebarang keselamatan.

Perkara pertama adalah menggunakan "Hand Sanitizer" dan "Glove" . Ia digunakan untuk mengelakkan bakteria atau kuman melekat pada permukaan tangan anda.



Setelah langkah keselamatan dijalankan, proses pendigitan bahan akan dimulakan.

  • Pemilihan Bahan
    • Pada langkah ini, saya harus memilih buku, gambar, jurnal, keratan akhbar, bahan nadir, majalah, dan lain-lain yang dirasakan perlu.



  • Mengimbas bahan
    • Dilangkah kedua ini, saya harus menggunakan mesin copibook untuk menukarkan bahan kepada data. Konfigurasi peralatan akan dijalankan untuk mengubah saiz, mukasurat, pencahayaan, helaian, format fail, nama fail dan folder. 



  • Proses Pembaikpulihan (restorer)
    • Pembersihan dan penyusunan semula data menggunakan perisian Book Restorer antaranya crop, clean, skew, binarization, light.
    • Dalam proses ini, dengan menggunakan perisian Book Restorer, ia boleh mengenalpasti dan membuang kesan-kesan buku lama atau sesuatu benda yang boleh mencacatkan rupa buku atau helaian tersebut.
    • Hasil menggunakan perisian tersebut, setiap helaian buku tersebut akan kelihatan bersih seperti buku yang baru.



  • Pengubahsuaian Data/ OCR ( Optical Character Recognization)
    • Pada langkah ini, Optical Character Recognition (OCR) dilakukan dengan menggunakan aplikasi Abbyy Finereader 10 Corporate Edition.
    • Ianya untuk memudahkan pencarian perkataan dengan klik pada ‘Text Recognization’. Dengan cara tersebut, kesemua huruf dan perkataan pada setiap helaian boleh dikesan, disalin, serta diubahsuai perkataannya. Gambar juga boleh dikesan dengan klik pada 'Searchable Images'.



  • Penyediaan E-Book
    • Menggunakan aplikasi Pdf4book untuk menyediakan hasil dalam format *.pdf



  • Muat Naik ke Portal.
    • Setelah fail ditukar ke dalam format .pdf , fail-fail tersebut akan dimuat naik ke portal Iwin yang berada didalam laman web PPAS.gov.my