LATAR BELAKANG SYARIKAT


Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam






Pembinaan bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU), Shah Alam dimulakan pada September 2007 di lokasi yang strategik, aman dan hijau iaitu bersesuaian dengan konsep ’Perpustakaan Dalam Taman’. Dengan memberi kelainan kepada peranan perpustakaan iaitu selain dari memberi perkhidmatan kepada pelajar, penyelidik, dan pendidik, perpustakaan juga akan menjadi tempat beriadah seisi keluarga, sahabat-handai bahkan tempat mencari ilham kepada pencinta seni.


Bangunan perpustakaan ini adalah berkeluasan 18,992 mps (203,600 kaki per segi), mempunyai ketinggian setinggi 6 tingkat dan ia dapat memuatkan lebih kurang 2,500 orang pengunjung serta 400,000 naskhah buku pada satu-satu masa. Perpustakaan RATU merupakan ibu pejabat kepada 96 perpustakaan lain yang terdapat di Selangor.

 PERASMIAN





Majlis pecah tanah perpustakaan RATU telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 27 Ogos 2005 dan ia juga telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Baginda Sultan pada 10 Disember 2011.


Nostalgia PPAS



Bermula dengan pengambilalihan Kuala Lumpur Book Club sebagai Ibu Pejabat pada tahun 1971, perpustakaan-perpustakaan dikembangkan ke semua sembilan daerah dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Pekan dan Perpustakaan Desa.



Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No.5, bertarikh 27 Mac 1969 serta Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan).




Pada tahun 1986, PPAS telah berpindah ke bangunan baru di Persiaran Bandaraya,  Shah Alam  yang menjadi nadi pentadbir, menyelenggara serta menyelaras seluruh perpustakaan-perpustakaan di negeri Selangor sehinggalah ia melalui fasa penjenamaan semula dan pindah ke bangunan yang lebih canggih dan selesa.



Maklumat Korporat PPAS


BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Fungsi Bahagian :
  • Merancang, menyelaras dan mentadbir projek pengkomputeran di PPAS.
  • Memberi khidmat sokongan dalam pembinaan struktur data.
  • Menyelaras rangkaian komputer setempat.
  • Menyelenggara pembinaan dan pengemaskinian Laman Web.
  • Bekerjasama dengan institusi lain dalam mewujudkan rangkaian tertentu.

Piagam Pelanggan :
  • Menyedia dan menyelaras infrastruktur perkakasan dan perisian komputer supaya berada dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan pelanggan.
  • Mempastikan sistem komputer dan rangkaian perpustakaan dapat beroperasi dengan efisyen pada waktu penggunaan.
  • Mempastikan maklumat dalam pangkalan data adalah terpelihara dan terjamin keselamatannya.
  • Mengambil tindakan bagi kerosakan komputer dalam tempoh dua (2) hari bagi kerosakan Minor dan tujuh (7) hari bagi kerosakan Major.
  • Mengemaskini Laman Web setiap bulan.
  • Bersikap terbuka menerima cadangan dan teguran pengguna.



Bahagian Teknologi Maklumat PPAS turut disokong oleh Unit Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management. Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat dan  Unit Pengurusan Ilmu, PPAS terletak di alamat

Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Unit Pengurusan Ilmu