MINGGU 16 : Program ICT menerusi gedung ilmu ( Training of The Trainers )



            Pada minggu ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMMmemberi sebanyak 900 buah Netbook baru kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk diagihkan mengikut daerah dan mengadakan program ICT menerusi gedung ilmu ( Training of The Trainers ). 





Pelatih diarahkan untuk menetapkan tetapan komputer mengikut tetapan yang sedia ada. Menginstall beberapa perisian (software) seperti Adobe Acrobat,



 Avira antivirus,

 MS Office Standard 2010,



 Internet Explorer,

dan konfigurasi OS pada notebook - notebook tersebut. Setelah selesai setting Notebook tersebut, kepada semua kakitangan perpustakaan yang terlibat perlu menghadiri krusus program ICT menerusi gedung ilmu ( Training of The Trainers (TOT) ) yang wajib dihadiri bagi melepasi pemberian Notebook tersebut, diadakan di Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor (PPAS).

Memulakan kerja dengan membuka kaunter pendaftaran, Setiap peserta krusus akan dibekalkan satu(1) unit netbook semasa pendaftaran yang telah dikonfigurasikan dan di install dengan maklumat mengenai U-Pustaka, Klik dengan Bijak dan juga Get Malaysian Business Online (GMO). 





Sebelum peserta masuk kedalam dewan peserta perlu memberi kad pengenalan dan barcode scanner dilakukan ke atas Notebook bagi mengelakan kehilangan atau kerosakan Notebook tersebut.







Program pemberian Netbook oleh SKMM yang diberikan adalah untuk kegunaan masyarakat yang datang ke perpustakaan. Ianya bukanlah untuk kegunaan individu sepertimana pemberian - pemberian netbook sebelum ini. Netbook itu diharapkan dapat digunakan oleh masyarakat setempat untuk capaian kepada ilmu melalui ICT. Bagi tujuan tersebut, SKMM telah membangunkan beberapa initiatif bagi membantu masyarakat dalam mendapatkan ilmu melalui perkhidmatan jalur lebar iaitu:


  1.  U-Pustaka : Dapat menunjuk ajar masyarakat mengenai U-Pustaka 
  2.  Klik dengan Bijak : Mendidik masyarakat melayari internet dengan bijak.
  3.  Get Malaysian Business Online : Memberi maklumat dan menggalakan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana mengenai kemudahan get Malaysian Business Online (GIMBO)