KNOWLEDGE MANAGEMANT(IT-KM)


KNOWLEDGE MANAGEMANT(IT-KM)

Secara asasnya, KM merupakan satu proses yang sistematik bagi pengumpulan, perkongsian dan penggunaan ilmu di dalam sesebuah organisasi awam. Ia selari dengan ciri penting konsep pengurusan iaitu sesebuah organisasi berkebolehan menggabungkan keupayaan memproses data atau maklumat hasil dari penggunaan teknologi, dengan keupayaan kreatif serta inovasi yang dimiliki oleh sumber manusia.

Konsep KM meletakkan manusia sebagai komponen utama. Faktor manusia mampu menggunakan maklumat untuk memikirkan amalan terbaik untuk sesuatu keadaan dan sekaligus menjurus ke arah pembentukkan budaya organisasi yang berpembelajaran.

KM juga berkait rapat dengan konsep Pekerja Berilmu (Knowledge Worker), Organisasi Berpembelajaran dan Pembelajaran Organisasi. Pengurusan berteraskan ilmu lebih menekankan kepada peningkatan yang ketara kepada ilmu, di mana sesebuah organisasi semakin bergantung kepada keupayaan fikiran atau aset intelektual yang ada di dalam organisasi tersebut.



PENGENALAN KNOWLEDGE MANAGEMANT

2002
KM ditubuhkan dengan nama Bahagian Knowledge Managemenet di bawah Seksyen
Sokongan & Teknikal
- Diketuai oleh seorang Ketua Bahagian dengan dibantu oleh 4 orang kakitangan iaitu :
- Penolong Pegawai Perpustakaan (I)
- Penolong Pegawai Perpustakaan (II)
- Penolong Pegawai Sistem Maklumat
- Pembantu Perpustakaan

2011
KM telah ditukarkan ke bawah Seksyen Perkhidmatan Pelanggan
- Hanya mempunyai 2 orang kakitangan iaitu :
- Penolong Pegawai Perpustakaan (KM + Rujukan)
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KM)

1 Feb 2013
KM telah menjadi satu unit di bawah Bahagian Teknologi Maklumat
- Setelah penstrukturan semula carta organisasi PPAS yang baharu, Unit KM diletakkan di bawah Aktiviti
   Pengurusan.
- KM kini mempunyai 3 orang kakitangan iaitu:
- Penolong Pegawai Perpustakaan
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Juruteknik Komputer


OBJEKTIF KUALITI KM (UPI)
  • Mengemaskini portal seminggu sekali.
  • Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) aktiviti perkongsian ilmu setahun di kalangan warga PPAS.

SKOP KERJA KM
  • Penyelenggaraan Portal
  • Pengesanan / Pendigitalan
  • Perkongsian Ilmu
  • Perkhidmatan Digital

ALIRAN KERJA PENDIGITAN BAHAN

  • PEMILIHAN BAHAN
    • Buku, gambar, jurnal, keratan akhbar, bahan nadir, majalah dll. yg dirasakan perlu.
    • SASARAN : mengikut projek atau keutamaan
  • MENGIMBAS BAHAN
    • Menggunakan mesin copibook untuk menukarkan bahan kepada data.
    • SASARAN : berdasarkan pemilihan bahan.
  • PENYEDIAAN DATA MENTAH
    • Pembersihan dan penyusunan semula data menggunakan perisian Book Restorer.
    • SASARAN : 30 muka sehari
  • PENGUBAH- SUAIAN DATA
    • Optical Character Recognition (OCR) dengan aplikasi Abbyy Finereader 10 Corporate Edition.
    • SASARAN : 12 muka sehari
  • PENYEDIAAN E-BOOK
    • Menggunakan aplikasi Pdf2book untuk menyediakan hasil dalam format *.pdf.
    • SASARAN : 6 buku sehari
  • MUATNAIK KE PORTAL
    • Pengasingan hasil buku kepada genre yang bersesuaian.
    • SASARAN : 6 pautan sehari