Minggu 11 : Majlis Pengkisahan Sejarah bersama Dato’ Aziz Satar.


SHELVING
  • Shelving merupakan suatu aktiviti menyusun buku di rak mengikut kategori dan nombor siri.
  • Shelving adalah aktiviti yang saya lakukan selama 1jam pada setiap hari sebelum memulakan kerja di bahagian teknologi maklumat.
  • Aktiviti Shelving ini dilakukan pada setiap hari oleh semua staff di setiap bahagian. 




Majlis Pengkisahan Sejarah bersama Dato’ Aziz Satar

Majlis ini dilangsungkan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Majlis ini berlangsung di Dewan Auditorium PPAS untuk tayangan skop pengkisahan berkisarkan tentang kehidupan peribadi Datuk Aziz Satar dan pembabitan beliau dalam bidang perfileman. Selepas sesi tayangan tersebut, Mesyuarat Agung bermula di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 4 Perpustakaan Raja Tun Uda.


Saya ditugaskan untuk menguruskan hal-hal pendaftaran ahli serta keahadiran para-para tetamu kehormat yang datang atas jemputan serta ahli-ahli tertinggi dalam mesyuarat tersebut.

Saya juga diberi tugasan untuk menyusun atur ruangan pentas serta menyediakan slideshow, tayangan, dan sistem suara dari bilik kawalan.

Apa yang saya pelajari dalam tugas yang diberikan ini, saya dapat mempelajari cara berhadapan dengan
tetamu-tetamu VIP serta VVIP dengan betul. Saya juga telah mengetahui cara untuk menyusun atur dan
mengawal sistem tayangan dan suara.


Minggu ini juga saya turut menjaga kauter Multimedia 

Pengurusan Kaunter Multimedia