Pengurusan & Tatacara 3D,XD & 6D


  • Pelatih diarahkan untuk belajar tatacara  dan pengurusan 3D & 6D teater
  • XD-Teater terbahagi kepada dua(2) iaitu 3D & 6D.


XD TEATER

Pembukaan Teater Mini 3D telah bermula pada Rabu, 28 Disember 2011 dan lokasinya adalah di aras G, bersebelahan bilik Teater XD. Pengguna boleh menikmati tayangan Teater Mini 3D yang berkualiti, gema suara yang kuat serta efek gambar 3D yang nyata dengan menggunakan teknologi 3D Bluray Home Theater. Pengunjung akan dihidangkan dengan filem-filem animasi 3D terpilih setiap hari. Dekorasi bilik teater yang bersifat santai boleh menempatkan 20 orang pengguna pada satu-satu masa tayangan filem.
Peraturan

  • Setiap pengguna diwajibkan memakai kacamata 3D Khas Sony sepanjang tayangan. Walaubagaimanapun, jika berlaku kerosakan atau kehilangan kacamata, denda RM400 akan dikenakan ke atas pengguna. Para pengguna juga TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUK MAKANAN / MINUMAN KE DALAM  BILIK TAYANGAN.

*Kacamata 3D Khas Sony 



Teater XD atau juga dikenali sebagai Teater 6D merupakan teater simulasi pengembaraan yang mencabar dan menghiburkan. Ia menggabungkan teknologi 6D motion Rideiaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi yang sangat laju, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih. Bilik teater ini mempunyai 8 buah kerusi khas dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu tayangan dari 4 jenis tayangan singkat iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine.

Meskipun Teater XD / 6D hanya terdapat di taman tema hiburan di serata dunia dan juga di negara kita namun PPAS mengambil langkah berani dengan memperkenalkan medium hiburan ini ke dalam sebuah perpustakaan! Tujuan utamanya tidak lain adalah semata-mata untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja agar kerap mengunjungi pustakaan dan akhirnya dapat memupuk semangat minat membaca yang mendalam setelah meneroka setiap tingkat perpustakaan yang berkonsepkan ‘Rumah Keduaku’. PPAS adalah satu-satunya perpustakaan yang memperkenalkan konsep hiburan edutainment kepada pengunjung-pengujungnya.

Aspek Keselamatan

  • Walaubagaimanapun, pihak PPAS menekankan aspek keselamatan yang ketat sebagai langkah berjaga-jaga kepada setiap pengunjung. Hanya pengunjung yang sihat tubuh badan, mempunyai ketinggian dan berat badan yang dibenarkan serta syarat-syarat khas sahaja dibenarkan masuk.

*Ketinggian minimum untuk menggunakan perkhidmatan 6D Theater ialah 140cm


*Gegaran kerusi yang sangat laju